Feeds:
Posts
Comments

logo_jabatan

vs

upm2

sedang enak menulis keterangan saksi di mahkamah, saya dikejutkan dengan  telefon yang berkelip-kelip tandanya ada panngilan masuk, dan nombornya adalah dari UPM (i guess).. lepas stand down kes saya untuk  seketika, saya terus membuat panggilan semula.. alhamdulilah, saya telah ditawarkan jawatan Penolong Pendaftar (Peg Tadbir) di UPM.. jawatan yang sememangnya saya idam-idamkan sejak mengenali dunia universiti..  mungkin dari tahun 2 kot.. ketika bergiat aktif dalam dunia debat dan berorganisasi..

tetapi.. tetapi..tetapi.. banyak perkara yang merungsingkan sedang bermain di minda.. time ni lah, banyak perkara perlu diambil perhatian serius.. sebab ini adalah pilihan.. apabila ia merupakan satu pilihan, kita perlu membuat satu keputusan.. keputusan cukup mudah: 1. stay dengan kerja sekarang 2. terima offer upm tu 3. tunggu offer PTD.. huh!!

benar kata orang, memang sukar membuat satu keputusan.. tambahan, keputusan itu melibatkan perjalanan kerjaya kita pada masa akan datang.. pilihan sekarang akan menentukan siapa kita 10-20 tahun akan datang.. banyak sangat aspek dan isu yang perlu dipertimbangkan dan diberi perhatian seriyes..

MINAT

yes.. pasti semua akan bersetuju, pilihlah kerja yang kita suka dan kita minat, pastinya kita akan perform dan komited dengan kerja tersebut.. pastinya juga kita akan enjoy dengan kerja yang kita lakukan..

MONEY

gaji juga merupakan perkara yang perlu dinilai juga.. sebabnya, bila gaji kita agak tinggi, pastinya kita akan rasa gembira sebab gaji itu kita boleh spend untuk perkara2 yang kita suka.. mcam shopping, makan kat restoran yg best2.. bli kete yang kte rasa sesuai utk kite.. sewa umah yang selesa untuk kita tidur dan lakukan ektiviti di luar dengan kerap cam g holiday kat pulau, pantai.. yes! gaji memang penting..

MASA DEPAN KERJAYA..

ok, dalam hal ini,, isu inilah yang menjadi titik utama yang menyebabkan saya keliru.. untuk kerjaya saya sekarang, senior2 saya cakap dan semua org dalam bidang ini akan berpandangan skim sekarang ini sangat mudah untuk naik pangkat.. memang mudah untuk naik pangkat.. within 5 years boleh berpeluang naik sampai L48.. cepatkan? by that time gaji da masyuk da..best2.. sebab mengikut pengalaman senior2 umur tak sampai 40 da nek pangkat sampai 54.. cemana tu?? nnt, kalau kat upm pulak, kenaikan pangkat agak berjalan dengan perlahan.. by 5 years pun belum tentu boleh naik 44.. tapi semuanya rezeki kan?? (statement menyedapkan hati)

WORKLOAD..

since saya belum join admin fields, saya tak tahu bagaimana kesibukan yang bakal dihadapi, tapi menurut rakan2 yang berkecimpung dalam dunia ini, saya percaya kerjaya admin akan lebih relaks sedikit berbanding kerja saya sekarang.. saya tak perlu travel jauh2 dan meneliti kes-kes satu persatu macam nak haper!! lepas tu tak yah risau nak kena marah dengan judge ke kan.. so sumenya under control..

PELUANG SAMBUNG BELAJAR.

Yes, kalau ikutkan, sebenarnya, peluang ini akan datang bile2 yang kita rasakan kita sanggup nak belajar.. tapi keadaan kerja sekarang memang menyukarkan untuk sambung belajar disebabkan tempat posting yang agak jauh dari kampus.. bagaimana mahu berulang-alik setiap minggu untuk menghadiri kelas kan?? jadiknya peluang kat upm tu akan memudahkan la kot!!

 

argghhh.. sukarnya membuat pilihan.. takut kalau pilih yang 1, menyesal sebab  akan korbankan kelebihan yang ada pada 2.. kalau pilih 2 pula, takut menyesal sebab tidak akan mengecapi kelebihan yang ada pada 1.. huh!! memang sukar membuat suatu pilihan..

apapun… kembali pada yang ESA.. sebab itu, Allah beri kemudahan dan cahaya petunjuk melalui amal ibadah yang akan kita lakukan.. solat Istikharah adalah jalan terbaik.. TAPI, masih dalam dilema lagi.. susah.. susah.. huhuh..

akhirnya, apa yang saya inginkan telah berjaya dilaksanakan.. perpindahan bilik telah pun sempurna dilakukan. bestnya dapat bilik yang ada tingkap.. at least takda la bosan gle. before this dapat bilik di tengah-tengah yang terperap.. boink kejap kat bilik tu..

so dengan perpindahan bilik ini, maka pastinya mood akan berubah kepada lebih bersemangant utk terus bekerja!! yeah!!

seronoknya dari bilik dapat tengok tambak johor, selat tebrau, pelbagai bangunan yang agak pencakar langit di JB, melihat jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Singapore serta Bangunan Bersejarah Bukit Timbalan.. sangat memberangsangkan jiwa dan minda..

Justeru itu, masalah-masalah perbicaraan di Mahkamah dapat di lupakan seketika.. yuhuhuu

talentime KU

talentime

 

menonton Talentime pada hari opening show sangat best! seperti yang dijangkakan, Kak Min selalu tidak akan mengecewakan peminat filemnya.. Talentime sangat mengujakan dan penuh dengan warna warni dalam menyusun plot-plot cerita sehingga menjadikan filem ini sangat hebat..

  • 3 cerita utama digabungkan berkenaan dengan 3 keluarga yang sangat berbeza budaya dan agama meletakkan filem ini sangat dekat dihati penonton. keluarga Mahesh yang melalui pertuturan tamil dilihat amat mengesankan. lakonan Jac bersama Mahesh sangat serasi bersama, manakala disokong cerita ibunya yang sangat benci terhadap kaum Islam (walaupun pada awalnya ibunya sangat benci kepada penganut agama Islam) Namun, Kak Min berjaya leraikan kebencian tersebut dengan penuh emosi dan kreatif (menggunakan medium teknologi). pembawaan plot budaya perkahwinan dan kematian dalam satu filem benar2 memberi satu kelainan dalam memberi pendedahan kepada penonton untuk lebih mengenali budaya kaum India.
  • Keluarga Melur yang sangat riang ria dan gembira menggambarkan kehidupan keluarga yang sempurna. ditambah dengan mesej untuk mengajar anak gadis untuk tidak malas dalam melakukan kerja rumah. konsep keluarga yang selamba ini masih lagi relevan dalam filem kak min, sama seperti dalam filem Mukhsin, Sepet dan Gubra.
  • Keluarga Hafiz pula walaupun scene hanya di Hospital sahaja sangat memberi kesan yang amat mendalam, jauh disudut hati, menusuk kalbu. betapa anak yang begitu menghargai ibunya. anak yang faham situasi ibunya. diakhirnya, Scene yang paling mengesan kalbu apabila anak ini tidur bersama ibunya dan memeluk ibunya dengan sepenuh hati menggambarkan anak ini sangat mulia.

3 cerita utama digabungjalin dengan begitu indah ini disokong dengan kisah Talentime di Sekolah, kisah cikgu cikgu yang begitu komited dalam menganjurkan program, kisah peperiksaan dan ujian di sekolah, dilengkapkan lagi dengan lakonan berkesan walaupun seketika seperti Ida Nerina as Datin Kosong@Kalsom, Mei Ling orang gaji keluarga Melur serta Jit Murad sangat-sangat menjadi. dan apa yang paling saya suka adalah ekspresi muka dan gaya lakonan Ida Nerina dan Mei Ling semasa scene mereka bersama dan bersalaman sangat kelakar dan penuh dengan teknik lakonan menggunakan ekspresi wajah yang amat berkesan. Kak Min juga bijak dan sempat menyindir masyarakat melayu kita yang bab makanan sangat dijaga iaitu memastikan makanan yang di makan adalah halal. walhal hal solat tidak pula dijaga!! memang ramai yang begitu..

yang menjadikan filem ini penuh dan sarat dengan emosi pabila lagu-lagu yang dicipta sangat meruntun jiwa terutama lagu I GO by Aizat dan ANGEL by ATILIA. hebatt!!!!!!

I give u KakMin 6 stars!!

3132009_talentime7a

sekadar berkongsi cerita tuah seorang guru tuisyen..
cikgu ni mengajar tuisyen seorang pelajarnya. pelajar tersebut dijanjikan oleh ibunya untuk melancong ke LONDON sekiranya mendapat 5A dalam UPSR.
selepas result UPSR keluar, pelajar tersebut mendapat 5A.
maka, ibu pelajar tersebut menunaikan janjinya dengan membawa anaknya yang berjaya tersebut ke LONDON.
apa yang paling menarik, ibu pelajar tersebut turut membawa guru tuisyen bersama ke Kota LONDON..
alangkah gembirenya cikgu tersebut!!
bestnya!!! free-free je g London..

BOINK!!..

WHY?? WHY?? WHY??

i got 4 cases where all the complainant cannot be find and cannot be searched!!

the material and important witnesses is missing.. how could i find them??

i hate this kinda situation!!

it makes me so fed-up with my job!!

and at last my case Postpone again, and again..

and i am really BOINK!!

and now, i am not in a good mood.. no motivation to read up IP’s n files..

miss Bandung so much..**hehehe**

spaceball2Peluang promosi free ticket airasia tidak dilepaskan begitu sahaja. Perancangan untuk travel bersama teman sedebat memang menyeronokkan..  ke Jakarta dan Bandung Indonesia sekaligus memberikan satu pengalaman baru. walaupun pemergian ku ke jakarta buat kali keduanya. namun travel kali ini benar-benar menyediakan saya  satu dimensi baru terhadap Kota Jakarta khasnya. menariknya, semasa kali pertama saya ke Jakarta, semuanya indah belaka jadinya perspektif saya terhadap jakarta sungguh menakjubkan. tetapi pemergian kali ini sungguh berberi satu perbezaan perspektif yang sangat ketara.. ohh.. inilah dia the truly jakarta..

MENGAPA?

476891569_1cda582f001

 

HOTEL

  • kali pertama di sana, saya menginap di hotel yang mana kawasannya sangat elit di Jakarta Pusat. kawasan yang ala2 di sekitar KLCC di mana sekelilingnya sungguh bersih dan mewah

  • kali kedua di sana, saya menginap di hotel yang mana kawasannya sangat menakutkan di kawasan Jakarta Barat. di sana orang menggelarkan zon pelacuran.. OMG! tak sangka pulak.. dan di sekitarnya banyakla gerai dan warung yang menjual pelbagai bakso dan makanan termasuk sup ular.. wutt??!

SHOPPING MALL

  • Kali pertama di sana banyak tempat shopping mall di bawa oleh caretaker, dan semuanya amat menarik dan mengujakan..
  • Kali kedua di sana hanya Mangga Dua sahaja yang sempat dijelajahi.. kata orang Mangga Dua tu best dan menarik, but then, bile ke sana cam tak de apa2 pun.. macam kat Metro Kajang jeh! i memang down.. dah la banyak kedai tak bukak walaupun dah sampai ke tengah hari.. hmm memang mengecewakan.. tp shopping tetap shopping!!

ORANG-ORANGNYA

  • Kali pertama di sana, aku hanya melihat warga Jakarta yang tersangat lah vogue dan high class. almaklumla mereka ni anak-anal orang berada di Jakarta. semua student yang masuk ek Universitas adalah tergolong dari yang kaya-kaya sebab semua perbelanjaan dan yuran ditanggung sepenuhnya secara persendirian. not like Malaysia, ada JPA lah, MARA lah, PTPTN lah!
  • Kali kedua di sana, aku berkesempatan melalui suatu kawasan yang teramat horror, di tepi jalan dengan keadaan yang sangat daif. seriyes seyh, so sad.. lepas tu bile berjalan ada la bebudak yang jadi peminta sedekah.. pity them! sempat juga melihat bagaimana mereka gigih mencari rezeki hanya dengan pelbagai cara seperti menjual suratkhabar di tengah jalan yang sesak.. bermain muzik di gerai dan warong! mereka sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan wang.

spaceball1

spaceball

KESESAKAN LALU LINTAS

  • Kali pertama di sana, sepanjang perjalanan dari satu tenpat ke satu tempat yang lain, dengan menaiki bus, yang bestnya bus akan diescort oleh Pak Polisi dengan moto dan kereta.. kewl sangat! rasa dah macam orang2 berjawatan besar. justeru rasa sangat lancar berada di atas jalan raya.
  • Kali kedua di sana, suasana di ata jalan raya sangat menakutkan.. bunyi horn tak berhenti2 kedengaran.. dan saya merasakan pemandu di sini sangatlah cekap.. kenderaan bergerak dengan laju dan seolah2 tidak sabar2 untuk tiba ke destinasi.. tetapi sepanjang berada di sana, satu accident pun saya tak jumpa..

jkt

 

*** p/s: entry ini hanyalah bersifat pandangan peribadi sahaja..

                 next entry akan berkongsi kisah suka di bandung! juga akan upload pic2 di sana..

 

Rakyat Malaysia tak sedar sakit mental

KUALA LUMPUR, 19 Feb. Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri Prof Dr Mohammad Hussain Habil. Beliau berkata kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.

Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata kemajuan dalam bidang sains perubatan, skizofernia boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal. Beliau berkata jika penyakit dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.

Adalah penting, kata beliau untuk mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas. Penyakit ini, kata beliau tidak semestinya disebabkan keturunan tetapi adalah lebih akibat daripada perubahan kimia dalam sel-sel otak dan ia tidak hanya terbatas dalam kumpulan etnik tertentu atau kepercayaan.

Mohammad menasihatkan para ibu bapa supaya mengawasi simptom berkaitan kerana penyakit ini dilihat ketara dalam kalangan remaja. Katanya para ibu bapa dan anggota keluarga lebih memahami kerana ia amat penting untuk pemulihan awal. Beliau berkata UMMC telah merawat ramai pesakit dan regim rawatan bukan hanya ubat-ubatan tetapi juga pemulihan daripada segi penempatan kerja dan latihan vokasional.  Bernama

HANDBOOK 2009

Health:

1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner
like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less
food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E’s — Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time for prayer.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.

Personality:

11. Don’t compare your life to others’. You have no idea what
their journey is all about.
12. Don’t have negative thoughts or things you cannot control.
Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don’t over do. Keep your limits.
14. Don’t take yourself so seriously. No one else does.
15. Don’t waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don’t remind your partner with his/her
mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don’t hate
others.
20. Make peace with your past so it won’t spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems
are simply part of the curriculum that appear and fade away like
algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don’t have to win every argument. Agree to disagree.

Society:

25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won’t take care of you when you are sick. Your
family and friends will. Stay in touch.

Life:

32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn’t useful, beautiful or joyful.
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.
smiley

demam AF kembali!!

2102009_familiafa2

tENtunya peminat2 drama AF pastinya gembira dengan kedatangan AF7 yang kononya mempunyai banyak transformasi.. seperti iklan yang ditayangkan .. adakah anda sudah bersedia?? pastinya YA.. apabila bersedia top-up kredit handphone utk mengundi pelajar kesukaan, selain akan duduk setiap hari menyaksikan diari AF dan seterusnya di hujung minggu menantikan Konsert..

Pengumuman pengacara dan tenaga pengajar secara rasmi diumumkan. Ia menyaksikan AC Mizal kekal sebagai hos dan kemasukan tenaga pengajar iaitu pemuzik Acis atau Hashridz Murshim sebagai pengarah muzik dan pelakon berkarekter Ida Nerina (guru lakonan). Selain itu perubahan ketara terjadi kepada guru tarian yang kini seorang lelaki apabila Cikgu Linda Jasmine digantikan dengan A Aris Kadir.

Manakala muka-muka senior yang kekal adalah Fatimah Abu Bakar, Siti Hajar Ismail dan Cikgu Shafi. Selain itu, Sarimah Ibrahim atau Kak Mah turut kekal sebagai hos Diari AF7 dan program Katanya yang menggantikan Fail Sulit AF. .

berikut adalah panduan kepada peminat2 berkaitan jadual siaran AF7 ini.. nantikan kemunculannya..

P/s: macam aku je Pengurus Pemasaran Astro kan?? over pulak nak promote2…

NO

PROGRAM

SIARAN

KETERANGAN

1.

Tirai Akademi Fantasia 7 (bahagian pertama)

Sabtu, 7 Mac 2009,
9.00 malam

Tirai Akademi Fantasia 7 Bahagian Awal memperkenalkan barisan bakal pelajar yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya dalam usaha untuk melayakkan diri sebagai pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7.

2.

Tirai Akademi Fantasia 7 (bahagian kedua)

Ahad, 8 Mac 2009,
9.00 malam

Tirai Akademi Fantasia 7 Bahagian Akhir mengumumkan barisan pelajar yang berjaya menyertai Akademi Fantasia musim yang ke-7.

3.

Diari Akademi Fantasia

Isnin – Jumaat,
9.00 malam
* mulai 9 Mac 2009

Diari Akademi Fantasia memaparkan perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7 di bawah bimbingan tenaga-tenaga pengajar mereka dan juga rutin kehidupan seharian mereka sepanjang hari di Akademi.

4.

Diari EXT AF7

Setiap hari Jumaat,
10.00 malam
mulai 13 Mac 2009

Rancangan ini mengupas perkembangan carta undian terkini dan mencerna pelbagai isu hangat dan gosip panas di dalam Akademi. Juga menghangatkan lagi spekulasi siapa yang mungkin tersingkir pada minggu ini.

5.

Konsert Akademi Fantasia
*secara langsung

Setiap hari Sabtu,
9.00 malam
* mulai 14 Mac 2009

Siaran Langsung Konsert Akademi Fantasia menampilkan persembahan pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7 dalam usaha untuk kekal ke minggu yang seterusnya. Debaran menanti di penghujung konsert untuk mengetahui siapa yang bakal tersingkir pada minggu ini? Inilah waktu kemuncak untuk aktifkan undian buat pelajar pilihan sebelum undian ditutup.

6.

Diari INT AF7

Setiap hari Ahad,
9.00 malam
* mulai 15 Mac 2009,

Rancangan ini merangkumkan segala perkembangan dan pencapaian pelajar-pelajar Akademi Fantasia sepanjang minggu ini di samping mengupas isu hangat dan gosip panas yang mungkin tercetus di Akademi. Sedikit ulasan dan pendedahan tentang apa yang berlaku di sebalik tabir Konsert Akademi Fantasiapada malam sebelumnya.

mentally problems!!

lamanya tak update blog since so many cases to handle last week and just came back from Cherating (for my office meeting) and PD (for friends vacation).. i really enjoy my last weekend so much.. seronok nya dapat swim dengan member2 di pool sambil mencuci mata.. memang puas vacation kali ni..


neway, thats is not my issue.. entry kali ini sekadar ingin berkongsi cerita pabila semasa di Cherating, apabila rakan DPP mula bertemu, so many hot story and upacara umpat-umpatan bermula.. one of them ada menceritakan ketidakpuasan hati terhadap seseorang iaitu rakannya yang berkerja ditempat lain..

my friends ni teramatlah tidak puas hati apabila rakannya telah membanding bezakan bidang tugas dan LOOK DOWN terhadap rakan lain yang berkerja di organisasi lain.. seolah-olah dia ni memandang rendah terhadap kerja orang lain.. wat the hell? saya yang dengar cte ni naik menyampah.. berlagak tak tentu pasal.. ingat die hebat sangat??!! dan tambahan pula, rakan kawan saya ni teramatlah berbangga dengan jawatan yang dia pegang, n dia anggap kerja dia adalah paling susah dan paling tough!! kawan saya juga turut bercerita rupa-rupanya ada kawan-kawan dia kat ofis dia sangat tak suke dia sebab die berlagak pandai.. hummm

my friend juga turut berkongsi cerita yang rakannya ni tak boleh tengok orang lain lebih dari dia, dan tak boleh kalah dengan orang lain.. macam-macam dari hal ehwal kereta hinggalah bab-bab cintan.. apa tu??!  dan my friends juga paling geram bile dia ni kuat menunjuk dengan apa yang ada pada dirinya.. ala2 mami jarum gitu.. pantang ada benda yang baru di beli, pasti nak tunjuk kat orang lain.. huhu.. so my friends ni tersangat lah menyampah dengan budak ni.. sampaikan jadi bahan umpatan walaupun saya tak kenal secara direct siapa kawan dia tu..

hurm, kisah ini saya terus teringat semasa saya menjadi ahli Pembimbing Rakan Sebaya PRS di sekolah menengah dulu, guru kaunseling saya ada memberi talk semasa Kursus Asas PRS,  beliau ada menyatakan org yang sakit mental di bukan sahaja terdiri dari pesakit yang gila dan pemikiran yang tak stabil, tetapi juga terdapat juga ciri-ciri lain yang membawa kepada mental iaitu orang yang sukakan perhatian yang over, orang yang suka menunjuk-nunjuk dengan apa yang ada dan terlalu membangga diri sehingga sifat tersebut membuatkan orang disekelilingnya tidak selesa dengannya..

Justeru itu, adakah kawan my friends tu boleh dikatakan MEntal?? hurm, i have no answer.. u guys may answer it by own judgement and justification.. oleh itu, sebagai manusia dan insan biasa, walau hebat mana pun kita, walau kita berada di puncak.. kita seharusnya bersifat HUMBLE dan jangan sesekali LOOK DOWN dengan orang lain..dalam dunia ni kita hidup bukan seorang diri, kita hidup secara bersama dan saling bergantungan, jika orang tidak selesa dengan kita, kita akan jatuh tersungkur.. percayalah, hati-hati manusia disekeliling kita mesti dijaga.. hubungan pasti disemai dan yang paling penting.. DOWN TO EARTH!


Older Posts »