

tENtunya peminat2 drama AF pastinya gembira dengan kedatangan AF7 yang kononya mempunyai banyak transformasi.. seperti iklan yang ditayangkan .. adakah anda sudah bersedia?? pastinya YA.. apabila bersedia top-up kredit handphone utk mengundi pelajar kesukaan, selain akan duduk setiap hari menyaksikan diari AF dan seterusnya di hujung minggu menantikan Konsert..
Pengumuman pengacara dan tenaga pengajar secara rasmi diumumkan. Ia menyaksikan AC Mizal kekal sebagai hos dan kemasukan tenaga pengajar iaitu pemuzik Acis atau Hashridz Murshim sebagai pengarah muzik dan pelakon berkarekter Ida Nerina (guru lakonan). Selain itu perubahan ketara terjadi kepada guru tarian yang kini seorang lelaki apabila Cikgu Linda Jasmine digantikan dengan A Aris Kadir.
Manakala muka-muka senior yang kekal adalah Fatimah Abu Bakar, Siti Hajar Ismail dan Cikgu Shafi. Selain itu, Sarimah Ibrahim atau Kak Mah turut kekal sebagai hos Diari AF7 dan program Katanya yang menggantikan Fail Sulit AF. .
berikut adalah panduan kepada peminat2 berkaitan jadual siaran AF7 ini.. nantikan kemunculannya..
P/s: macam aku je Pengurus Pemasaran Astro kan?? over pulak nak promote2…
|
NO |
PROGRAM |
SIARAN |
KETERANGAN |
|
1. |
Tirai Akademi Fantasia 7 (bahagian pertama) |
Sabtu, 7 Mac 2009, |
Tirai Akademi Fantasia 7 Bahagian Awal memperkenalkan barisan bakal pelajar yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya dalam usaha untuk melayakkan diri sebagai pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7. |
|
2. |
Tirai Akademi Fantasia 7 (bahagian kedua) |
Ahad, 8 Mac 2009, |
Tirai Akademi Fantasia 7 Bahagian Akhir mengumumkan barisan pelajar yang berjaya menyertai Akademi Fantasia musim yang ke-7. |
|
3. |
Diari Akademi Fantasia |
Isnin – Jumaat, |
Diari Akademi Fantasia memaparkan perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7 di bawah bimbingan tenaga-tenaga pengajar mereka dan juga rutin kehidupan seharian mereka sepanjang hari di Akademi. |
|
4. |
Diari EXT AF7 |
Setiap hari Jumaat, |
Rancangan ini mengupas perkembangan carta undian terkini dan mencerna pelbagai isu hangat dan gosip panas di dalam Akademi. Juga menghangatkan lagi spekulasi siapa yang mungkin tersingkir pada minggu ini. |
|
5. |
Konsert Akademi Fantasia |
Setiap hari Sabtu, |
Siaran Langsung Konsert Akademi Fantasia menampilkan persembahan pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim yang ke-7 dalam usaha untuk kekal ke minggu yang seterusnya. Debaran menanti di penghujung konsert untuk mengetahui siapa yang bakal tersingkir pada minggu ini? Inilah waktu kemuncak untuk aktifkan undian buat pelajar pilihan sebelum undian ditutup. |
|
6. |
Diari INT AF7 |
Setiap hari Ahad, |
Rancangan ini merangkumkan segala perkembangan dan pencapaian pelajar-pelajar Akademi Fantasia sepanjang minggu ini di samping mengupas isu hangat dan gosip panas yang mungkin tercetus di Akademi. Sedikit ulasan dan pendedahan tentang apa yang berlaku di sebalik tabir Konsert Akademi Fantasiapada malam sebelumnya. |
harap2 AF tahun nih lebih vongga… mesti seronok intana ria setiap malam ahad… hmm… (sajer nak buat u rindu dan cemburu…)
mmuuuahhh…
haha, tak cemburu lah,, i nnt tgk dgn yang tersayang jeh,, hehe
meriah ke intana ria?????chooooiiii…i akan pastikan bekalan elektrik terputus setiap malam ahad supaya dolce tidak melalak n ecing2 menangis bila tgk favourate student yg cando terkeluar..wakakakakakakakaka
hahaha.. tak bayek u hasroll.. suke sabotaj.. i tau u ada port kat umah jiran utk tgk konsert tu..