Peluang promosi free ticket airasia tidak dilepaskan begitu sahaja. Perancangan untuk travel bersama teman sedebat memang menyeronokkan.. ke Jakarta dan Bandung Indonesia sekaligus memberikan satu pengalaman baru. walaupun pemergian ku ke jakarta buat kali keduanya. namun travel kali ini benar-benar menyediakan saya satu dimensi baru terhadap Kota Jakarta khasnya. menariknya, semasa kali pertama saya ke Jakarta, semuanya indah belaka jadinya perspektif saya terhadap jakarta sungguh menakjubkan. tetapi pemergian kali ini sungguh berberi satu perbezaan perspektif yang sangat ketara.. ohh.. inilah dia the truly jakarta..
MENGAPA?

HOTEL
-
kali pertama di sana, saya menginap di hotel yang mana kawasannya sangat elit di Jakarta Pusat. kawasan yang ala2 di sekitar KLCC di mana sekelilingnya sungguh bersih dan mewah
- kali kedua di sana, saya menginap di hotel yang mana kawasannya sangat menakutkan di kawasan Jakarta Barat. di sana orang menggelarkan zon pelacuran.. OMG! tak sangka pulak.. dan di sekitarnya banyakla gerai dan warung yang menjual pelbagai bakso dan makanan termasuk sup ular.. wutt??!
SHOPPING MALL
- Kali pertama di sana banyak tempat shopping mall di bawa oleh caretaker, dan semuanya amat menarik dan mengujakan..
- Kali kedua di sana hanya Mangga Dua sahaja yang sempat dijelajahi.. kata orang Mangga Dua tu best dan menarik, but then, bile ke sana cam tak de apa2 pun.. macam kat Metro Kajang jeh! i memang down.. dah la banyak kedai tak bukak walaupun dah sampai ke tengah hari.. hmm memang mengecewakan.. tp shopping tetap shopping!!
ORANG-ORANGNYA
- Kali pertama di sana, aku hanya melihat warga Jakarta yang tersangat lah vogue dan high class. almaklumla mereka ni anak-anal orang berada di Jakarta. semua student yang masuk ek Universitas adalah tergolong dari yang kaya-kaya sebab semua perbelanjaan dan yuran ditanggung sepenuhnya secara persendirian. not like Malaysia, ada JPA lah, MARA lah, PTPTN lah!
- Kali kedua di sana, aku berkesempatan melalui suatu kawasan yang teramat horror, di tepi jalan dengan keadaan yang sangat daif. seriyes seyh, so sad.. lepas tu bile berjalan ada la bebudak yang jadi peminta sedekah.. pity them! sempat juga melihat bagaimana mereka gigih mencari rezeki hanya dengan pelbagai cara seperti menjual suratkhabar di tengah jalan yang sesak.. bermain muzik di gerai dan warong! mereka sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan wang.
![]()
![]()
KESESAKAN LALU LINTAS
- Kali pertama di sana, sepanjang perjalanan dari satu tenpat ke satu tempat yang lain, dengan menaiki bus, yang bestnya bus akan diescort oleh Pak Polisi dengan moto dan kereta.. kewl sangat! rasa dah macam orang2 berjawatan besar. justeru rasa sangat lancar berada di atas jalan raya.
- Kali kedua di sana, suasana di ata jalan raya sangat menakutkan.. bunyi horn tak berhenti2 kedengaran.. dan saya merasakan pemandu di sini sangatlah cekap.. kenderaan bergerak dengan laju dan seolah2 tidak sabar2 untuk tiba ke destinasi.. tetapi sepanjang berada di sana, satu accident pun saya tak jumpa..

*** p/s: entry ini hanyalah bersifat pandangan peribadi sahaja..
next entry akan berkongsi kisah suka di bandung! juga akan upload pic2 di sana..