
menonton Talentime pada hari opening show sangat best! seperti yang dijangkakan, Kak Min selalu tidak akan mengecewakan peminat filemnya.. Talentime sangat mengujakan dan penuh dengan warna warni dalam menyusun plot-plot cerita sehingga menjadikan filem ini sangat hebat..
- 3 cerita utama digabungkan berkenaan dengan 3 keluarga yang sangat berbeza budaya dan agama meletakkan filem ini sangat dekat dihati penonton. keluarga Mahesh yang melalui pertuturan tamil dilihat amat mengesankan. lakonan Jac bersama Mahesh sangat serasi bersama, manakala disokong cerita ibunya yang sangat benci terhadap kaum Islam (walaupun pada awalnya ibunya sangat benci kepada penganut agama Islam) Namun, Kak Min berjaya leraikan kebencian tersebut dengan penuh emosi dan kreatif (menggunakan medium teknologi). pembawaan plot budaya perkahwinan dan kematian dalam satu filem benar2 memberi satu kelainan dalam memberi pendedahan kepada penonton untuk lebih mengenali budaya kaum India.
- Keluarga Melur yang sangat riang ria dan gembira menggambarkan kehidupan keluarga yang sempurna. ditambah dengan mesej untuk mengajar anak gadis untuk tidak malas dalam melakukan kerja rumah. konsep keluarga yang selamba ini masih lagi relevan dalam filem kak min, sama seperti dalam filem Mukhsin, Sepet dan Gubra.
- Keluarga Hafiz pula walaupun scene hanya di Hospital sahaja sangat memberi kesan yang amat mendalam, jauh disudut hati, menusuk kalbu. betapa anak yang begitu menghargai ibunya. anak yang faham situasi ibunya. diakhirnya, Scene yang paling mengesan kalbu apabila anak ini tidur bersama ibunya dan memeluk ibunya dengan sepenuh hati menggambarkan anak ini sangat mulia.
3 cerita utama digabungjalin dengan begitu indah ini disokong dengan kisah Talentime di Sekolah, kisah cikgu cikgu yang begitu komited dalam menganjurkan program, kisah peperiksaan dan ujian di sekolah, dilengkapkan lagi dengan lakonan berkesan walaupun seketika seperti Ida Nerina as Datin Kosong@Kalsom, Mei Ling orang gaji keluarga Melur serta Jit Murad sangat-sangat menjadi. dan apa yang paling saya suka adalah ekspresi muka dan gaya lakonan Ida Nerina dan Mei Ling semasa scene mereka bersama dan bersalaman sangat kelakar dan penuh dengan teknik lakonan menggunakan ekspresi wajah yang amat berkesan. Kak Min juga bijak dan sempat menyindir masyarakat melayu kita yang bab makanan sangat dijaga iaitu memastikan makanan yang di makan adalah halal. walhal hal solat tidak pula dijaga!! memang ramai yang begitu..
yang menjadikan filem ini penuh dan sarat dengan emosi pabila lagu-lagu yang dicipta sangat meruntun jiwa terutama lagu I GO by Aizat dan ANGEL by ATILIA. hebatt!!!!!!
I give u KakMin 6 stars!!
