
SORI KALAU PIC INI TIADA KAITAN DENGAN ENRTY INI,, TAPI HANYALAH ALA2 METAFORA KEPADA SESUATU CERITA.. HAHA SASTERA SEKARANG
cheh, macam nak terikut2 dengan entry my junior (do visit his blog yang kt link kipikhalis– motif promote blog org??) yg menceritakan hal kesah dia semasa di skola rendah.. mengambil idea entry die saya terfikirlah nak post entry ni tp entry saya kali ni nak mengajak anda untuk mengimbau kembali zaman persekolahan. selalu nya kan setiap kelas mesti ada nama kan? bila pikir2 balik kan, nama2 tu memang menarik untuk dikongsi.. kerana dari situ la somehow saya merasakan itulah keunikan skola-skola di malaysia kan??
biarlah saya senarai kan nama-nama kelas yang saya penah sy duduki bermula dari skola rendah sampai menengah, tp kan kalau kat matriks dan uni ada gak, harus di ceritakan jugak, tapi malangnya tiada..
SEKOLAH RENDAH
Darjah 1 : 1 KUNING
Darjah 2 : 2 KUNING
Darjah 3 : 3 KUNING
Darjah 4 : 4 KUNING
Darjah 5 : 5 KUNING
Darjah 6 : 6 KUNING
–> di sekolah yang sama iaitu SEK REN KEB RENGIT BATU PAHAT JOHOR (sekarang dikenali SK Sri Rengit)
*** motif KUNING itu? bosan kan dari darjah 1 sampai darjah 6 asyik nama yg sama je iaitu KUNING.. saya rasa guru besar skola ni dah ketandusan idea nak bagi nama-nama kelas, pastu malas nak pikir susah2 just pilih warna sebagai nama kelas iaitu KUNING dan HIJAU.. tipikal sangat kan nama kelas kat skola kampung2 ni.. tapi kan rasanya sekarang ni ada lagi tak skola yang guna warna sebagai nama kelas.. huhu.. rasanya cam takde je.. haha.. sekarang sume gune nama meletup ala2 bertemakan sains dan teknologi kan??
SEKOLAH MENENGAH
haa, di sekolah menengah ni, saya memang berpindah randah..sampai setiap thn saya akan bertukar sekolah.. so pelbagaila nama kelas yang saya duduki itu:
FORM 1 : 1 Bijaksana, SMK Tun Sardon, Rengit Batu Pahat Johor
1 Puchong 1, SMK Seri Perling, Johor Bahru Johor
*** Haa, masuk skola menengah ni, nama kelas dah agak intelektual sket la macam saya kat skola kat SMTS itu nama kelas bijaksana.. kelas ni adalah kelas no 2 terpandai (ikut result UPSR. almaklumkan result UPSR saya kurang memberangsangkan, jadi dapatla kelas no 2. korang mesti boleh agak kan kelas no 1 nama nya apa? harusla BESTARI. kan zaman2 tu ala2 tgh hot kem pelajaran nak bukak skola bestari kan.)
Neway, mesti anda pelik kenapa ada 2 kelas, actually, saya kat skola SMTS tu hanya 2 bulan je, lepas tu pindah ke JB mengikut ayah saya yang dipindahkan tempat kerja nya. jadi berpindahla saya ke Skola Perling itu. yang bestnya korang tau sebab apa nama dia Puchong, sbb sempena mengambil nama2 jalan di taman perling itu. angka 1 itu pastolah korang dapat teka kan kenapa, sebab alhamdulilah saya dipilih pulak masuk ke kelas pertama.. best2 walaupun result upsr tak berapa nak cemerlang..
FORM 2 : 2 AGAMA, SMK Seri Perling lagikk
*** ni lagi la pelik.motif nama AGAMA itu dijadikan sandaran utk jadi nama kelas? hmm sebenarnya seisi kelas pun tak tahu, sampaikan guru baru kami yang ala2 ustazah itu ingatkan bebudak kelas ni amik Bahasa Arab.. tp tak pun amik subjek tu, ingat kitrong skola agama ke? hmm, tapi yg kitorg faham kelas tu menghimpunkan semua budak melayu yang ala2 pandai lite2 (haha, riak,.. uppss) yang kelas2 form 2 lain sume ada bdk bangsa lain, cume kelas kitorg je yang takde bangsa lain..
FORM 3 : 3 UNDAN 1, SMK Sri Perling, Johot Bahru
3 CERDAS 1, SMK Bandar Baru UDA, Johor Bahru
*** Nama UNDAN tu juga diambil sempena nama jalan di taman di rumah saya pada masa itu.. Nama tu diambil dari nama-nama burung. so kat taman perling (ni pun nama burung gak) adalah nama undan, belibis, puchong, camar dan pelbagai lagi lah.. No 1 juga adalah kelas pertama (kelas panday hehe riak lagik) dari 12 kelas kalau tak silap (korg bayangkan satu batch tu berapa ramai studenrt cube kalikan 12 dgn 40.. kira la sendiri yek) anyway saya berada kat dalam kelas ni hanya satu hari je, tu pun tak sampai abes waktu skola, sebab kena dipindahkan ke skola len sebab family saya pindah umah ke taman lain,.. huhu cdey beb nak tinggalkan skola tu..
hah, kat skola baru ni, nama kelas saya CERDAS, tak tau la kenapa kan? mungkin pengetua skola ni nak bebudak die cerdas merdas sentiasa kot.. Nombor 1 cam biasalah kelas pertama. almaklumla sejak dua menja ni da masuk skola menengah da nak berapa panday la kot.. hehe
FORM 4 : 4 SAINS TULEN 1, SMK BANDAR BARU UDA, JB
4 H, MRSM BALIK PULAU, PENANG
*** Masa ni kan lepas PMR kan, so bebudak yang dapat result yang nak berapa cemerlang ni sume di hantar ke kelas sains, ala2 subjek Fizik, Kimia BIo bagai (eeee alergic dengar,, sbb sy memang tak skor subjek2 ni) yang bestnya kelas ni takde kelas tetap ye, kena menumpang di makmal sains.. aduhh sakit tulang temulang blkg ni sbb korang pun tahu kan kerusi kat lab mana ada yang bersandar..
Dalam masa beberapa bulan, saya dapat offer g MRSM, kat penang, di sana, rasa cam sangat klaka sebab nama kelas dia semudah A, B, C.. haha so kelas masa tu dari A sampai N.. kelas saya agak di tengah2 sket iaitu H, tak tau knp saya ditempatkan di kelas itu, mungkin ada cabutan undi kot..
FORM 5 : 5 MUSYTARI, MRSM Mersing Johor
*** aik pindah skola lagi.. haa yang ni saya gatal2 nak minta tukar skola kononnya nak dekat dengan family (skng ni dah dekat dgn family nak jauh2 pulak) tup2 masa akhir tahun form 4 tu saya dapat surat pertukaran ke MRSM Mersing. so kat sana, saya ditempatkan di kelas 5 Musyari.. haa, yang ni saya paling impress, dalam banyak2 nama, skola ni menggunakan nama planet.. menarik dan manggih jugak la u ols.. ada kelas lain nama acturus, bima sakti, uranus, pluto, marikh, dan yang tak menahan tu matahari pun ada.. haha
HUH! itulah dia nama2 kelas yang saya pernah rasai di alam sekolah. bile fikir balik, macam2 kan nama yang digunapakai.. ada skola tu guna nama berlian, intan,zamrud bagai.. ada pulak skola yang guna perkataan nilai2 murni, DAN yan paling saya tak sangka, ada jugak skola yang guna nama Universiti (betul u ols) my cousin skola kat felda kt kulai, n dat skola tu guna nama UKM la, UM la, USM la..
apa pun, pastinya itu lah sebenarnya di beauty of our educational system kan???
jadi anda pula bagaimana,, kongsikan bersama saya..