Archive for June, 2009


sukar memutuskan sesuatu!!

logo_jabatan

vs

upm2

sedang enak menulis keterangan saksi di mahkamah, saya dikejutkan dengan  telefon yang berkelip-kelip tandanya ada panngilan masuk, dan nombornya adalah dari UPM (i guess).. lepas stand down kes saya untuk  seketika, saya terus membuat panggilan semula.. alhamdulilah, saya telah ditawarkan jawatan Penolong Pendaftar (Peg Tadbir) di UPM.. jawatan yang sememangnya saya idam-idamkan sejak mengenali dunia universiti..  mungkin dari tahun 2 kot.. ketika bergiat aktif dalam dunia debat dan berorganisasi..

tetapi.. tetapi..tetapi.. banyak perkara yang merungsingkan sedang bermain di minda.. time ni lah, banyak perkara perlu diambil perhatian serius.. sebab ini adalah pilihan.. apabila ia merupakan satu pilihan, kita perlu membuat satu keputusan.. keputusan cukup mudah: 1. stay dengan kerja sekarang 2. terima offer upm tu 3. tunggu offer PTD.. huh!!

benar kata orang, memang sukar membuat satu keputusan.. tambahan, keputusan itu melibatkan perjalanan kerjaya kita pada masa akan datang.. pilihan sekarang akan menentukan siapa kita 10-20 tahun akan datang.. banyak sangat aspek dan isu yang perlu dipertimbangkan dan diberi perhatian seriyes..

MINAT

yes.. pasti semua akan bersetuju, pilihlah kerja yang kita suka dan kita minat, pastinya kita akan perform dan komited dengan kerja tersebut.. pastinya juga kita akan enjoy dengan kerja yang kita lakukan..

MONEY

gaji juga merupakan perkara yang perlu dinilai juga.. sebabnya, bila gaji kita agak tinggi, pastinya kita akan rasa gembira sebab gaji itu kita boleh spend untuk perkara2 yang kita suka.. mcam shopping, makan kat restoran yg best2.. bli kete yang kte rasa sesuai utk kite.. sewa umah yang selesa untuk kita tidur dan lakukan ektiviti di luar dengan kerap cam g holiday kat pulau, pantai.. yes! gaji memang penting..

MASA DEPAN KERJAYA..

ok, dalam hal ini,, isu inilah yang menjadi titik utama yang menyebabkan saya keliru.. untuk kerjaya saya sekarang, senior2 saya cakap dan semua org dalam bidang ini akan berpandangan skim sekarang ini sangat mudah untuk naik pangkat.. memang mudah untuk naik pangkat.. within 5 years boleh berpeluang naik sampai L48.. cepatkan? by that time gaji da masyuk da..best2.. sebab mengikut pengalaman senior2 umur tak sampai 40 da nek pangkat sampai 54.. cemana tu?? nnt, kalau kat upm pulak, kenaikan pangkat agak berjalan dengan perlahan.. by 5 years pun belum tentu boleh naik 44.. tapi semuanya rezeki kan?? (statement menyedapkan hati)

WORKLOAD..

since saya belum join admin fields, saya tak tahu bagaimana kesibukan yang bakal dihadapi, tapi menurut rakan2 yang berkecimpung dalam dunia ini, saya percaya kerjaya admin akan lebih relaks sedikit berbanding kerja saya sekarang.. saya tak perlu travel jauh2 dan meneliti kes-kes satu persatu macam nak haper!! lepas tu tak yah risau nak kena marah dengan judge ke kan.. so sumenya under control..

PELUANG SAMBUNG BELAJAR.

Yes, kalau ikutkan, sebenarnya, peluang ini akan datang bile2 yang kita rasakan kita sanggup nak belajar.. tapi keadaan kerja sekarang memang menyukarkan untuk sambung belajar disebabkan tempat posting yang agak jauh dari kampus.. bagaimana mahu berulang-alik setiap minggu untuk menghadiri kelas kan?? jadiknya peluang kat upm tu akan memudahkan la kot!!

 

argghhh.. sukarnya membuat pilihan.. takut kalau pilih yang 1, menyesal sebab  akan korbankan kelebihan yang ada pada 2.. kalau pilih 2 pula, takut menyesal sebab tidak akan mengecapi kelebihan yang ada pada 1.. huh!! memang sukar membuat suatu pilihan..

apapun… kembali pada yang ESA.. sebab itu, Allah beri kemudahan dan cahaya petunjuk melalui amal ibadah yang akan kita lakukan.. solat Istikharah adalah jalan terbaik.. TAPI, masih dalam dilema lagi.. susah.. susah.. huhuh..

Advertisements

new Environment!!

akhirnya, apa yang saya inginkan telah berjaya dilaksanakan.. perpindahan bilik telah pun sempurna dilakukan. bestnya dapat bilik yang ada tingkap.. at least takda la bosan gle. before this dapat bilik di tengah-tengah yang terperap.. boink kejap kat bilik tu..

so dengan perpindahan bilik ini, maka pastinya mood akan berubah kepada lebih bersemangant utk terus bekerja!! yeah!!

seronoknya dari bilik dapat tengok tambak johor, selat tebrau, pelbagai bangunan yang agak pencakar langit di JB, melihat jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Singapore serta Bangunan Bersejarah Bukit Timbalan.. sangat memberangsangkan jiwa dan minda..

Justeru itu, masalah-masalah perbicaraan di Mahkamah dapat di lupakan seketika.. yuhuhuu