perkenalan kami hampir 6 tahun usianya..

pelbagai ranjau dan cabaran kami tempuhi..

kisah suka duka kami lalui..

gaduh bermasam muka adalah rencah dalam hubungan ini..

namun.. hubungan ini masih kekal terjalin hingga kini..

semakin hari kita saling memahami..

banyak cerita kita saling berkongsi..

banyak perkara kita saling melengkapi..

melalui hari-hari berlalu penuh makna..

terlalu banyak kita harungi..

akademik, program dan aktiviti..

di kampus dan fakulti..

di kala diri diumpat di keji..

dia hadir melindungi..

semuanya atas nama persahabatan..

sahabat suka tawa gembira..

sahabat duka lara..

apresiasi atas segala keihklasan.

apresiasi atas segala budi kebaikan..

bersyukur atas kurniaan Ilahi..

memberi nikmat persahabatan yang tidak ternilai..

moga ukhuwah dan ikatan terjalin..

berkekalan ke akhirnya..

Advertisements