Setelah membuat sedikit review tentang tugasan dan projek masters,  cukup untuk membuatkan saya gusar dan risau.. tiada langsung usaha dibuat untuk memulakan tugasan dan projek yang telah diamanahkan.. seperti biasa alasan due date lambat lagi.. sikap last minit memang tidak pernah berubah..

Pembelajaran peringkat sarjana memang jauh berbeza jika dibandingkan di peringkat  ijazah pertama.. Bak kata Prof Dr Anisah, di peringkat sarjana memerlukan pelajar untuk berfikir secara kritis, bukanlah hanya menerima konsep dan teori semata-mata, namun jauh lebih itu, pelajar perlulah lebih kreatif dan dinamik dalam menyuarakan sesuatu isu dari pelbagai aspek sosial dan perundangan. Pelajar akan diuji dengan tugasan dan soalan peperiksaan yang memerlukan kupasan dan huraian isu secara kritikal, dan akhirnya di peringkat ini sejauh mana pelajar berjaya mengemukakan cadangan dan pandangan bernas dalam mendepani isu perundangan yang dikemukakan..

Justeru, bagi memenuhi aspirasi kesarjanaan peringkat masters ini bukanlah mudah.. bukan sekadar dengan hanya membaca bahan rujukan primer textbook, malah lebih dari itu, pelajar perlu membaca bahan bacaan seperti jurnal dan artikel. setiap isu dan topik yang dikupas perlulah merujuk kepada jurnal dan artikel tersebut.. mampuslaa aku nak baca.. dah la pemalas.. adussss…

Tapi itu lah kenyataan dan realitinya.. bukan senang kita nak dapatkan sesuatu yg kita inginkan.. memang banyak perngorbanan.. keinginan apa sahaja pasti perlu berkorban.. teringat zaman menjadi student prasiswazah.. banyak kesusahan yang didepani dan dihadapi esp semasa peperiksaan menjelang tibe.. mengingati beratus2 kes  dan prinsip is not an easy job.. nasib baik ada geng study group yang sangat membantu..

saya semakin risau..  masanya semakin hampir.. i have to do something.. saya perlu untuk memperuntukan seharian melepak di PTSL or PUU untuk menyiapkan segala tugasan dan projek.. terpaksa korbankan liburan di hujung minggu.. student life is really come again…

Advertisements