Archive for March, 2010


we share everything!

Sebenarnya, saya sedar satu perkara, dalam mewujudkan sebuah perhubungan, tidak kiralah hubungan cinta, kasih, sayang, sahabat.. memang memerlukan pengorbanan.. pengorbanan itu mestilah tidak mengharapkan apa-apa balasan, cukuplah sekadar kita berkorban untuk kepuasan diri kita dan menyenangkan dia… lambat laun, dia akan sedar dan tahu bahawasanya kita telah banyak berkorban untuknya..  dan kemudiannya pula dia akan berkorban untuk kita.. betul lah kata pepatah what u give, u get back..

Dan sebenarnya, saya sedar perkara yang lain, bahawasanya dalam mewujudkan hubungan yang bermakna, kita perlu sabar dan tabah mengharunginya.. walau kita akan dicaci dan dihina oleh anasir luar, perasan ‘ignore’ itu penting tanpa perlu  mengambil pot diatas cacian dan hinaan itu.. yang penting kita tahu dan faham bagaimana hubungan itu berjalan dan terus dilangsungkan tanpa sengketa..

Dan sebenarnya, saya sedar perkara lain, bahawasanya dalam mewujudkan hubungan yang saling menghargai, kita  perlu untuk memahami characteristic dan juga attitude nya. kerana, bila kita memahaminya lah kita boleh handle situasi-situasi yang tegang, seperti pergaduhan, hubungan menjadi dingin dan perkara negatif lain yang kita tidak mahu depani. Jadi pabila kita memahami perilaku dan keadaanyya, barulah kita boleh tackle dan cuba untuk menyenangkannya. Lambat laun juga, pabila kita memahaminya, dia juga akan cuba untuk memahami kita dengan cuba memahami perilaku dan attitude kita..

IT REALLY WORKS… i am happy with OUR relationship.. SACRIFICE, PATIENT & UNDERSTANDING…

I’LL STAND BY YOU my dearest YOU!!!

sudah ditakdirkan begitu!

kalau lah masa boleh diputarkan semula..

kalau lah kita boleh menjangka apa yg berlaku di masa hadapan..

kalau lah kita mampu mengetahui diri kita 5 tahun mendatang..

kalau lah kita mampu menjangka rezeki yg dikurniakan..

kalau lah kita berupaya merasai nikmat hidup penuh ketenangan..

kalau lah kita mampu untuk menjadi apa yang kita impikan..

kalau lah kita berkesedaran untuk menjadi hamba yang setia kepada-Nya..

alangkah indahnya hidup itu..

alangkah bahagia dengan kurniaannya..

alangkah syahdu menrentas hidup..

alangkah bersyukur dengan apa yang ada..

YANG PENTING

kita tahu apa yang kita sedang buat

kita tahu apa yang kita sedang rancang

tapi kita tidak tahu apa yang terbaik untuk kita..

kerana semuanya rezeki dan ketentuan Ilahi..

I DOWN sekarang ni!

sepatutnya

sepatutnya..
hubungan itu lebih mudah..

sepatutnya
hubungan itu bukan la kompleks

sepatutnya
hubungan itu sekadar seperti selalu

sepatutnya
hubungan itu menjadi simple

sepatutnya
hubungan itu tidak perlu keruh

sepatutnya
hubungan itu tidak sepatutnya ditonjolkan

sepatutnya
biarlah hubungan itu seperti di awal perkenalan

AGAR..
masing-masing selesa dalam mendekati proses hubungan itu.

AGAR
masing-masing tidak terlalu terikat menjaga hubungan itu

AGAR
suatu hari nanti hubungan itu akan lebih dihargai..

tidur malam tadi sedikit terganggu..

mimpi itu menjelma tanpa dipinta..

mengapa perlu mimpi itu tentang kamu..

kita hadir bersama..

kamu memeluk erat beg milikku..

kemudian kamu tertidur berbantalkan beg milikku..

ketika aku berniat usai dari situ..

aku terpaksa membangkitkan kamu..

mengambil semula beg kepunyaanku..

kamu bangkit terkejut..

kamu masukkan sesuatu dalam beg milikku..

sesuatu itu kertas karangan kamu mungkin untukku..

saya terfikir-fikir apa yang kamu tulis itu..

saya tidak sempat membaca itu..

kerna sesungguhnya saya telah bangkit dari lena itu..

saya mengeluh kenapa itu hanya mimpi..

mimpi yang membuatkan saya terfikir sehingga kini..

pelbagai kemungkinan..

mungkin kerna hubungan ini sudah genap 2 bulan..

adakah petanda atau petunjuk  atau  signifikan terhadap sesuatu..

Hanya Tuhan saja yang tahu..

moga Tuhan memberi kebahagian kepada kamu..

moga Tuhan memberi kejayaan dalam bidang yang kamu ceburi..

moga Tuhan mengurniakan nikmat rezeki tidak terhingga buat kamu..

saya masih sayang kamu sampai bila-bila..