Sebenarnya, saya sedar satu perkara, dalam mewujudkan sebuah perhubungan, tidak kiralah hubungan cinta, kasih, sayang, sahabat.. memang memerlukan pengorbanan.. pengorbanan itu mestilah tidak mengharapkan apa-apa balasan, cukuplah sekadar kita berkorban untuk kepuasan diri kita dan menyenangkan dia… lambat laun, dia akan sedar dan tahu bahawasanya kita telah banyak berkorban untuknya..  dan kemudiannya pula dia akan berkorban untuk kita.. betul lah kata pepatah what u give, u get back..

Dan sebenarnya, saya sedar perkara yang lain, bahawasanya dalam mewujudkan hubungan yang bermakna, kita perlu sabar dan tabah mengharunginya.. walau kita akan dicaci dan dihina oleh anasir luar, perasan ‘ignore’ itu penting tanpa perlu  mengambil pot diatas cacian dan hinaan itu.. yang penting kita tahu dan faham bagaimana hubungan itu berjalan dan terus dilangsungkan tanpa sengketa..

Dan sebenarnya, saya sedar perkara lain, bahawasanya dalam mewujudkan hubungan yang saling menghargai, kita  perlu untuk memahami characteristic dan juga attitude nya. kerana, bila kita memahaminya lah kita boleh handle situasi-situasi yang tegang, seperti pergaduhan, hubungan menjadi dingin dan perkara negatif lain yang kita tidak mahu depani. Jadi pabila kita memahami perilaku dan keadaanyya, barulah kita boleh tackle dan cuba untuk menyenangkannya. Lambat laun juga, pabila kita memahaminya, dia juga akan cuba untuk memahami kita dengan cuba memahami perilaku dan attitude kita..

IT REALLY WORKS… i am happy with OUR relationship.. SACRIFICE, PATIENT & UNDERSTANDING…

I’LL STAND BY YOU my dearest YOU!!!

Advertisements