Latest Entries »

..jiwa kosong..

kadangkala apa yang kita sayang tidak akan menjadi milik kita..

tapi bagi saya kerap kali juga apa yang saya sayang tetap bukan menjadi milik saya..

saya sedar i am not good in serious loving relationship..

mungkin kerana saya terlalu memilih

dan mencari yang sempurna…

saya sedih apa yang diharapkan dan diimpikan tidak menjadi kenyataan..

saya sedih apa yang diidam juga tidak mampu saya kecapi..

saya sedih.. sangat sedih…dan terus bersedih..

walau apapun, saya kena kuat dan tabah menghadapinya..

kerana akhirnya pasti ada hikmah tuhan tidak mengurniakan dia untuk saya

bukan juga diciptakan perasaan dia untuk saya..

tapi bagaimana saya bisa kuat berhadapan dengan situasi ini..

tolonglah beri saya peluang untuk berkongsi kasih itu dengannya..

saya percaya ia adalah satu proses..

Ya Tuhan, bukakan la pintu hatinya..

lembutkanla hatinya untuk melihat kebaikan ku..

saya sayangkan dia..

dan saya sangat menyayangi dia..

dan terus menyayangi dia..

sekurang-kurangnya,

dia menghargai saya lebih dari orang lain yang berada disekelilingnya..

tapi bagaimana caranya,

adakah saya  perlu berkorban??

mungkin……

___________

kenapa juga saya terlalu mudah untuk menyayangi orang?

mungkin juga kerana sudah tiba masanya saya perlu

mencari seseorang

seseorang yang bisa

berkongsi rasa, cerita  dan rahsia

seseorang yang bisa

menyayangi saya sepenuh hati

seseorang yang bisa

saya sayangi sepenuh hati juga

YA Allah.. pertemukanlah saya dengan insan itu untuk saya..

bukan untuk hubungan jangka panjang,

cukup sekadar hubungan saling menghargai..

jiwa ini benar-benar kosong

dan ku perlu kan dia untuk mengisi dan berkonsgi rasa kasih itu….

aku sayang kamu

setelah bertahun lamanya sy memendam perasaan.. dah tak tertanggung lagi rasanya.. rasa bahagia bila kamu hadir menemani saya walau hanya dengan cara SMS penghubung antara kita.. itu sudah cukup bagi saya..

takut untuk menjadikan hubungan ini lebih serius..kerna pasti pengakhirannya pasti meneyedihkan..  biarlah hubungan kita sebegini sahaja sampai bila-bila.. moga hubungan sebegini adalah suatu proses ke arah sesuatu yang lebih membahagiakan..

semakin hari perasaan sayang terhadap kamu makin menebal.. setiap kali menerima sms mu, saya rasa sangat gembira dan bahagia.. walaupun saya tahu kamu tidak bermaksud apa2.. dan saya yang sebenarnya hanya berangan-angan untuk mengejar kamu.. .

CINTA DALAM HATI…

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dalam hidupmu

Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

TERIMA KASIH..

alhamdulilah.. permulaan tahun 2010 telah memberi satu transformasi dalam hdiup ku pabila aku telah bertukar kerjaya yang aku idam-idamkan selama ini. Alhamdulilah, tuhan telah memakbulkan doa aku..

one thing, terima kasih juga kepad si dia yang sudi menerima aku dalam hidupnya. semoga hubungan yang dibina akan berkekalan dan berpanjangan sehingga ke akhirnya. terima kasih di atas segala kebaikan kamu dan sememangnya aku akan menghargai perhubungan ini.. apa yang penting, aku memang sayang kamu…

buat yang mengerti, aku tidak tahu kenapa perasaan itu timbul, aku cuba lemparkan jauh2.. namun semakin aku cuba, semakin dekat perasaan itu menghinggapi hati ini..

apapun, tahun 2010 akan menjanjikan kehidupan yang lebih baik. azam klise tahun ini seperti biasa cuba untuk menguruskan badan sehingga turun 5kg. serta mencari pasangan hidup untuk kehidupan yang lebih bermakna pada masa mendatang!!

aku suke untuk menyebut ebrulang kali!
TERIMA KASIH KAMU ATAS PENERIMAAN MU!

sukar memutuskan sesuatu!!

logo_jabatan

vs

upm2

sedang enak menulis keterangan saksi di mahkamah, saya dikejutkan dengan  telefon yang berkelip-kelip tandanya ada panngilan masuk, dan nombornya adalah dari UPM (i guess).. lepas stand down kes saya untuk  seketika, saya terus membuat panggilan semula.. alhamdulilah, saya telah ditawarkan jawatan Penolong Pendaftar (Peg Tadbir) di UPM.. jawatan yang sememangnya saya idam-idamkan sejak mengenali dunia universiti..  mungkin dari tahun 2 kot.. ketika bergiat aktif dalam dunia debat dan berorganisasi..

tetapi.. tetapi..tetapi.. banyak perkara yang merungsingkan sedang bermain di minda.. time ni lah, banyak perkara perlu diambil perhatian serius.. sebab ini adalah pilihan.. apabila ia merupakan satu pilihan, kita perlu membuat satu keputusan.. keputusan cukup mudah: 1. stay dengan kerja sekarang 2. terima offer upm tu 3. tunggu offer PTD.. huh!!

benar kata orang, memang sukar membuat satu keputusan.. tambahan, keputusan itu melibatkan perjalanan kerjaya kita pada masa akan datang.. pilihan sekarang akan menentukan siapa kita 10-20 tahun akan datang.. banyak sangat aspek dan isu yang perlu dipertimbangkan dan diberi perhatian seriyes..

MINAT

yes.. pasti semua akan bersetuju, pilihlah kerja yang kita suka dan kita minat, pastinya kita akan perform dan komited dengan kerja tersebut.. pastinya juga kita akan enjoy dengan kerja yang kita lakukan..

MONEY

gaji juga merupakan perkara yang perlu dinilai juga.. sebabnya, bila gaji kita agak tinggi, pastinya kita akan rasa gembira sebab gaji itu kita boleh spend untuk perkara2 yang kita suka.. mcam shopping, makan kat restoran yg best2.. bli kete yang kte rasa sesuai utk kite.. sewa umah yang selesa untuk kita tidur dan lakukan ektiviti di luar dengan kerap cam g holiday kat pulau, pantai.. yes! gaji memang penting..

MASA DEPAN KERJAYA..

ok, dalam hal ini,, isu inilah yang menjadi titik utama yang menyebabkan saya keliru.. untuk kerjaya saya sekarang, senior2 saya cakap dan semua org dalam bidang ini akan berpandangan skim sekarang ini sangat mudah untuk naik pangkat.. memang mudah untuk naik pangkat.. within 5 years boleh berpeluang naik sampai L48.. cepatkan? by that time gaji da masyuk da..best2.. sebab mengikut pengalaman senior2 umur tak sampai 40 da nek pangkat sampai 54.. cemana tu?? nnt, kalau kat upm pulak, kenaikan pangkat agak berjalan dengan perlahan.. by 5 years pun belum tentu boleh naik 44.. tapi semuanya rezeki kan?? (statement menyedapkan hati)

WORKLOAD..

since saya belum join admin fields, saya tak tahu bagaimana kesibukan yang bakal dihadapi, tapi menurut rakan2 yang berkecimpung dalam dunia ini, saya percaya kerjaya admin akan lebih relaks sedikit berbanding kerja saya sekarang.. saya tak perlu travel jauh2 dan meneliti kes-kes satu persatu macam nak haper!! lepas tu tak yah risau nak kena marah dengan judge ke kan.. so sumenya under control..

PELUANG SAMBUNG BELAJAR.

Yes, kalau ikutkan, sebenarnya, peluang ini akan datang bile2 yang kita rasakan kita sanggup nak belajar.. tapi keadaan kerja sekarang memang menyukarkan untuk sambung belajar disebabkan tempat posting yang agak jauh dari kampus.. bagaimana mahu berulang-alik setiap minggu untuk menghadiri kelas kan?? jadiknya peluang kat upm tu akan memudahkan la kot!!

 

argghhh.. sukarnya membuat pilihan.. takut kalau pilih yang 1, menyesal sebab  akan korbankan kelebihan yang ada pada 2.. kalau pilih 2 pula, takut menyesal sebab tidak akan mengecapi kelebihan yang ada pada 1.. huh!! memang sukar membuat suatu pilihan..

apapun… kembali pada yang ESA.. sebab itu, Allah beri kemudahan dan cahaya petunjuk melalui amal ibadah yang akan kita lakukan.. solat Istikharah adalah jalan terbaik.. TAPI, masih dalam dilema lagi.. susah.. susah.. huhuh..

new Environment!!

akhirnya, apa yang saya inginkan telah berjaya dilaksanakan.. perpindahan bilik telah pun sempurna dilakukan. bestnya dapat bilik yang ada tingkap.. at least takda la bosan gle. before this dapat bilik di tengah-tengah yang terperap.. boink kejap kat bilik tu..

so dengan perpindahan bilik ini, maka pastinya mood akan berubah kepada lebih bersemangant utk terus bekerja!! yeah!!

seronoknya dari bilik dapat tengok tambak johor, selat tebrau, pelbagai bangunan yang agak pencakar langit di JB, melihat jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Singapore serta Bangunan Bersejarah Bukit Timbalan.. sangat memberangsangkan jiwa dan minda..

Justeru itu, masalah-masalah perbicaraan di Mahkamah dapat di lupakan seketika.. yuhuhuu

talentime KU

talentime

 

menonton Talentime pada hari opening show sangat best! seperti yang dijangkakan, Kak Min selalu tidak akan mengecewakan peminat filemnya.. Talentime sangat mengujakan dan penuh dengan warna warni dalam menyusun plot-plot cerita sehingga menjadikan filem ini sangat hebat..

  • 3 cerita utama digabungkan berkenaan dengan 3 keluarga yang sangat berbeza budaya dan agama meletakkan filem ini sangat dekat dihati penonton. keluarga Mahesh yang melalui pertuturan tamil dilihat amat mengesankan. lakonan Jac bersama Mahesh sangat serasi bersama, manakala disokong cerita ibunya yang sangat benci terhadap kaum Islam (walaupun pada awalnya ibunya sangat benci kepada penganut agama Islam) Namun, Kak Min berjaya leraikan kebencian tersebut dengan penuh emosi dan kreatif (menggunakan medium teknologi). pembawaan plot budaya perkahwinan dan kematian dalam satu filem benar2 memberi satu kelainan dalam memberi pendedahan kepada penonton untuk lebih mengenali budaya kaum India.
  • Keluarga Melur yang sangat riang ria dan gembira menggambarkan kehidupan keluarga yang sempurna. ditambah dengan mesej untuk mengajar anak gadis untuk tidak malas dalam melakukan kerja rumah. konsep keluarga yang selamba ini masih lagi relevan dalam filem kak min, sama seperti dalam filem Mukhsin, Sepet dan Gubra.
  • Keluarga Hafiz pula walaupun scene hanya di Hospital sahaja sangat memberi kesan yang amat mendalam, jauh disudut hati, menusuk kalbu. betapa anak yang begitu menghargai ibunya. anak yang faham situasi ibunya. diakhirnya, Scene yang paling mengesan kalbu apabila anak ini tidur bersama ibunya dan memeluk ibunya dengan sepenuh hati menggambarkan anak ini sangat mulia.

3 cerita utama digabungjalin dengan begitu indah ini disokong dengan kisah Talentime di Sekolah, kisah cikgu cikgu yang begitu komited dalam menganjurkan program, kisah peperiksaan dan ujian di sekolah, dilengkapkan lagi dengan lakonan berkesan walaupun seketika seperti Ida Nerina as Datin Kosong@Kalsom, Mei Ling orang gaji keluarga Melur serta Jit Murad sangat-sangat menjadi. dan apa yang paling saya suka adalah ekspresi muka dan gaya lakonan Ida Nerina dan Mei Ling semasa scene mereka bersama dan bersalaman sangat kelakar dan penuh dengan teknik lakonan menggunakan ekspresi wajah yang amat berkesan. Kak Min juga bijak dan sempat menyindir masyarakat melayu kita yang bab makanan sangat dijaga iaitu memastikan makanan yang di makan adalah halal. walhal hal solat tidak pula dijaga!! memang ramai yang begitu..

yang menjadikan filem ini penuh dan sarat dengan emosi pabila lagu-lagu yang dicipta sangat meruntun jiwa terutama lagu I GO by Aizat dan ANGEL by ATILIA. hebatt!!!!!!

I give u KakMin 6 stars!!

3132009_talentime7a

tuah seorang GURU!!

sekadar berkongsi cerita tuah seorang guru tuisyen..
cikgu ni mengajar tuisyen seorang pelajarnya. pelajar tersebut dijanjikan oleh ibunya untuk melancong ke LONDON sekiranya mendapat 5A dalam UPSR.
selepas result UPSR keluar, pelajar tersebut mendapat 5A.
maka, ibu pelajar tersebut menunaikan janjinya dengan membawa anaknya yang berjaya tersebut ke LONDON.
apa yang paling menarik, ibu pelajar tersebut turut membawa guru tuisyen bersama ke Kota LONDON..
alangkah gembirenya cikgu tersebut!!
bestnya!!! free-free je g London..

BOINK!!..

WHY?? WHY?? WHY??

i got 4 cases where all the complainant cannot be find and cannot be searched!!

the material and important witnesses is missing.. how could i find them??

i hate this kinda situation!!

it makes me so fed-up with my job!!

and at last my case Postpone again, and again..

and i am really BOINK!!

and now, i am not in a good mood.. no motivation to read up IP’s n files..

miss Bandung so much..**hehehe**

spaceball2Peluang promosi free ticket airasia tidak dilepaskan begitu sahaja. Perancangan untuk travel bersama teman sedebat memang menyeronokkan..  ke Jakarta dan Bandung Indonesia sekaligus memberikan satu pengalaman baru. walaupun pemergian ku ke jakarta buat kali keduanya. namun travel kali ini benar-benar menyediakan saya  satu dimensi baru terhadap Kota Jakarta khasnya. menariknya, semasa kali pertama saya ke Jakarta, semuanya indah belaka jadinya perspektif saya terhadap jakarta sungguh menakjubkan. tetapi pemergian kali ini sungguh berberi satu perbezaan perspektif yang sangat ketara.. ohh.. inilah dia the truly jakarta..

MENGAPA?

476891569_1cda582f001

 

HOTEL

  • kali pertama di sana, saya menginap di hotel yang mana kawasannya sangat elit di Jakarta Pusat. kawasan yang ala2 di sekitar KLCC di mana sekelilingnya sungguh bersih dan mewah

  • kali kedua di sana, saya menginap di hotel yang mana kawasannya sangat menakutkan di kawasan Jakarta Barat. di sana orang menggelarkan zon pelacuran.. OMG! tak sangka pulak.. dan di sekitarnya banyakla gerai dan warung yang menjual pelbagai bakso dan makanan termasuk sup ular.. wutt??!

SHOPPING MALL

  • Kali pertama di sana banyak tempat shopping mall di bawa oleh caretaker, dan semuanya amat menarik dan mengujakan..
  • Kali kedua di sana hanya Mangga Dua sahaja yang sempat dijelajahi.. kata orang Mangga Dua tu best dan menarik, but then, bile ke sana cam tak de apa2 pun.. macam kat Metro Kajang jeh! i memang down.. dah la banyak kedai tak bukak walaupun dah sampai ke tengah hari.. hmm memang mengecewakan.. tp shopping tetap shopping!!

ORANG-ORANGNYA

  • Kali pertama di sana, aku hanya melihat warga Jakarta yang tersangat lah vogue dan high class. almaklumla mereka ni anak-anal orang berada di Jakarta. semua student yang masuk ek Universitas adalah tergolong dari yang kaya-kaya sebab semua perbelanjaan dan yuran ditanggung sepenuhnya secara persendirian. not like Malaysia, ada JPA lah, MARA lah, PTPTN lah!
  • Kali kedua di sana, aku berkesempatan melalui suatu kawasan yang teramat horror, di tepi jalan dengan keadaan yang sangat daif. seriyes seyh, so sad.. lepas tu bile berjalan ada la bebudak yang jadi peminta sedekah.. pity them! sempat juga melihat bagaimana mereka gigih mencari rezeki hanya dengan pelbagai cara seperti menjual suratkhabar di tengah jalan yang sesak.. bermain muzik di gerai dan warong! mereka sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan wang.

spaceball1

spaceball

KESESAKAN LALU LINTAS

  • Kali pertama di sana, sepanjang perjalanan dari satu tenpat ke satu tempat yang lain, dengan menaiki bus, yang bestnya bus akan diescort oleh Pak Polisi dengan moto dan kereta.. kewl sangat! rasa dah macam orang2 berjawatan besar. justeru rasa sangat lancar berada di atas jalan raya.
  • Kali kedua di sana, suasana di ata jalan raya sangat menakutkan.. bunyi horn tak berhenti2 kedengaran.. dan saya merasakan pemandu di sini sangatlah cekap.. kenderaan bergerak dengan laju dan seolah2 tidak sabar2 untuk tiba ke destinasi.. tetapi sepanjang berada di sana, satu accident pun saya tak jumpa..

jkt

 

*** p/s: entry ini hanyalah bersifat pandangan peribadi sahaja..

                 next entry akan berkongsi kisah suka di bandung! juga akan upload pic2 di sana..

 

another mentally problem

Rakyat Malaysia tak sedar sakit mental

KUALA LUMPUR, 19 Feb. Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri Prof Dr Mohammad Hussain Habil. Beliau berkata kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.

Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata kemajuan dalam bidang sains perubatan, skizofernia boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal. Beliau berkata jika penyakit dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.

Adalah penting, kata beliau untuk mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas. Penyakit ini, kata beliau tidak semestinya disebabkan keturunan tetapi adalah lebih akibat daripada perubahan kimia dalam sel-sel otak dan ia tidak hanya terbatas dalam kumpulan etnik tertentu atau kepercayaan.

Mohammad menasihatkan para ibu bapa supaya mengawasi simptom berkaitan kerana penyakit ini dilihat ketara dalam kalangan remaja. Katanya para ibu bapa dan anggota keluarga lebih memahami kerana ia amat penting untuk pemulihan awal. Beliau berkata UMMC telah merawat ramai pesakit dan regim rawatan bukan hanya ubat-ubatan tetapi juga pemulihan daripada segi penempatan kerja dan latihan vokasional.  Bernama